Monday, March 17, 2008

CULAAN KEPUTUSAN PRU 12 85% TEPAT

Hari ni masuk hari ke 9 lepas PRU 12. Malam 8 Mac keputusan muktamat PRU itu aku lansung tak tidur. Nak semak keputusan yang aku cula sejak hari penamaan calun. Aku ada kaedah sendiri yang aku pelajari. Susah juga nak percaya sebab ianya mendahulu masa. Bagaimanapun aku yakin dengan kekuasaan Allah swt. Tidak ada yang mustahil jika diizinkanNya.

Aku belajar dan aku yakin segala jawapan adalah dari Allah swt. Sama kaedah aku gunakan dalam merawat pesakit aku. Aku mengesan punca penyakit menggunakan kaedah yang sama. Dengan izinNya aku dapat mengenalpasti mereka yang membuat aniaya pada orang lain. Dari situ aku cuba kembangkan kebolehan yang Allah swt berikan pada aku satu persatu keatas calun-calun parti yang bertanding seluruh Malaysia.

Bermula dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak, aku perincikan dengan calun parlimen dan calun dun. Gerakan awal aku telah merasakan satu kejutan besar akan berlaku dalam PRU ke 12 ini. Dalam hati aku bersyukur kepada Allah swt kerana angin perubahan akan berlaku di Malaysia.

Dengan membuka lembaran akhbar Metro yang menyenaraikan nama-nama calun bertanding, aku memadankan keputusan yang aku tanda pemenangnya dengan keputusan di skrin TV, satu-satu betul. Aku mencatat terus mencatat keputusan hingga pagi dan merasa kecewa kerana keputusannya tidak penuh. Semua siaran TV sudah selendar termasuklah TV kerajaan atau tv swasta.

Ulasan dari penganalisa pilihanraya bukan main lagi. Kalau sebelum pilihanraya, tak ada satu kebaikan pun keluar dari mulut mereka. Tapi malam itu sudah berubah. Ada penganalisa terang-terang menyokong Barisan Alternatif.

Pada penculaan yang aku buat untuk Kelantan, gerak tenaga aku telah memberi kemenangan besar kepada Pas. Masa itu juga aku hantar sms kepada bekas YB kampung aku di Wakaf Bharu memberitahu dia akan kalah kali ini juga kawannya Datuk Ramzi di Dabong. Mungkin dia tidak percaya sebab setiap hari berita perdana menyebelahi BN seluruh negara.

Itulah gerak Allah swt. Aku yakin dan percaya janji Allah dan ayat 26 dalam suraha Al-Imran, mafhumNya, Katakanlah (wahai Muhammad), " Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintah! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engklau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.

Cukup jelas ayat yang diturunkan Allah swt kepada umat manusia supaya sentiasa ingat bahawa kita bukanya selalu di atas dan bukanya sentiasa dibawah. Hidup ibarat roda. Pasti satu hari roda yang menyetuh bumi akan menghirup udara segar dipuncak.

Dalam aku sibuk merawat insan malang yang ditimpa berbagai masalah penyakit, aku berkesempatan juga membuat cula pilihanraya di Malaysia. Keputusan yang aku dapat sangat mengejutkan dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang. Kelantan dapat pertahankan kerajaan dan empat negeri lain seperti yang anda lihat sekarang. Sebab itu aku merasa kesal sangat kerana keputusan pru negeri selangor tidak habis pada malam itu.

Keputusan bagi Pulau Pinang aku telah bisikkan di telinga Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau datang ke Taman Desa Rhu Sikamat Seremban pada 6 Mac 2008. Kebetulan aku dapat makan bersama selepas ucapannya dihadapan 10 ribu yang hadir untuk mendengar ceramahnya sambil memperkenalkan calun PKR di Dun Sikamat dan Dun Ampangan.

DSAI hanya senyum bila saya beritahu. Mungkin percaya atau tidak. Tapi aku rasa DSAI percaya kerana sambutan yang diterimanya dari segenap lapisan rakyat berbilang bangsa dan agama memberi tanda BA akan menawan BN.

Itulah yang aku nak bagi tahu pada semua. Keputusan cula yang aku buat telah aku hantar kepada harakahdaily. Tidak pasti adakah pengarang harakahdaily terima atau tidak. Masa aku hantar (send) ada terlupa alamat, terlupa no. telefon. Mungkin dia orang tak siar sebab maklumat aku tak tepat. Walau bagaimanapun aku tak kisah sebab culaan yang aku buat 85% tepat. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang menganugerahkan kebolehan ini kepada aku. Terima kasih kepada Guru PSSGMM dan rakan seperjuangan.

dR j mAT
Seremban